? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku

Apa maksud kajian tindakan

Tajuk buku : A Teacher's Guide to Classroom Research
Penulis : David Hopkins

Kajian tindakan merupakan kajian yang dilakukan berdasarkan kehendak dan keperluan serta satu percubaan kajian yang dilakukan oleh pengkaji untuk memahami sesuatu proses amalanserta membuat peningkatan dan pemulihan terhadap amalan tersebut.


Tajuk buku : All You Need ti Know About Action research
Penulis : Jean McNiff & Jack Whitead

Kajian tindakan merupakan suatu bentuk kajian dimana pengamal menghasilkan idea baru tentang bagaimana menambahbaik amalannya, dan menggunakan idea-idea ini sebagai teori yang diamalkannya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu bentuk kajian yang membolehkan pengamal mengkaji untuk meningkatkan amalannya,samada secara individu atau secara kolektif. Kajian tindakan juga merupakan satu persoalan atau pertanyaan yang boleh dilakukan di mana-mana untuk membuat penyelidikan dan penaksiran ke atas kerja mereka.

Tajuk buku : Teachers as Researcher in the Classroom
Author : Craig A. Mertler

Inkuiri yang sistematik yang dilakukan oleh guru, pihak pentadbir, kaunselor dan lain-lain pihak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau bertujuan untuk menggabungkan maklumat tentang bagaimana sekolah tertentu beroperasi, bagaimana pengajaran mereka, dan bagaimana pembelajaran pelajar-pelajar.



Ulasan Kumpulan
Kajian tindakan merupakan satu penyelidikan sistematik yang dijalankan oleh pelbagai pihak seperti guru,kaunselor,pihak pentadbiran dan lain-lain untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan sesuatu organisasi,serta proses meningkatkan dan membaikpulih amalan yang sedia ada.

0 comments: