? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 7, 2009

Nota Konsep Kajian Tindakan

Apa itu kajian tindakan???

Kajian tindakan merupakan satu oendekatan yang berusaha meningkatkan mutu profesionlisme guru.Merupakan penyelidikan terhadap situasi social di sekolah bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru di bilik darjah
(Elliot & Adelman : 1976)

Satu pendekatan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan.Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif
(McNif : 1988)

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan.Partisipan (pengurus sekolah,guru atau pelajar) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru.Ia dilaksanakan dalam apa jua keadaan dengan tujuan memperbaiki amalan kerja,menambahkan kefahaman baru dan meningkatkan profesionalisma dalam profesion perguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)

Konsep Kajian Tindakan


Kajian tindakan bertujuan mencipta pengetahuan baru untuk memperbaiki prestasi kerja individu serta menghasilkan teori baru mengenai proses penambahbaikan tersebut. Kesahihan teori ini akan diuji berdasarkan kenyataan individu tersebut (melalui keterangan dan gambaran) bahawa satu proses penambahbaikan telah berlaku. Oleh yang demikian, kajian tindakan memerlukan komitmen peribadi dan akauntabiliti moral individu yang menjalankan kajian tersebut.

Oleh kerana kajian tindakan merupakan penyelidikan tentang prestasi seseorang individu, ia tidak boleh digeneralisasikan dan juga direplikasi. Tetapi, ia masih boleh dijadikan sebagai rujukan oleh pihak lain.Dalam bidang pendidikan, kajian tindakan adalah usaha yang boleh dilakukan oleh guru untuk memperbaiki amalan P&P untuk mendapatkan hasil terbaik yang memberi faedah kepada dirinya, pelajar, sekolah dan masyarakat.


Jenis - jenis Kajian Tindakan secara Umum

  1. Individu
  2. Kolaboratif
  3. Sekolah
  4. Daeah

Creswell (2005) pula mengklasifikasikan kajian tindakan kepada 2 jenis, iaitu:

(1) kajian tindakan amalan (practical action research)

  • melibatkan peninjauan tentang amalan guru dalam konteks bilik darjah dijalankan melalui dirinya sendiri atau melibatkan rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar
  • model yang digunapakai adalah berdasarkan Kemmis & McTaggart (1988) yang mempunyai 4 elemen yang membentuk satu gelungan, iaitu: mereflek (refleksi terhadap isu P&P yang hendak ditangani), merancang (menyediakan pelan), melaksana (melaksanakan pelan), dan memerhati (memantau kemajuan tindakan yang dijalankan)

(2) kajian tindakan penyertaan (participatory action research)

  • melibatkan isu sosial yang menghindar perkembangan pelajar dan guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah dengan mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab-musabab sesuatu masalah pelajar apabila sebab diketahui, guru boleh melaksanakan program perubahan atau pembaikan
  • model yang digunapakai adalah daripada Stringer (1999) yang mempunyai 3 fasa bagi setiap gelungan, iaitu: penglihatan (mengumpul, merekod dan menganalisis data untuk memahami isu), pemikiran (mentafsir isu dengan lebih mendalam), dan tindakan (menghasilkan penyelesaian)

0 comments: