Monday, December 7, 2009
Sunday, December 6, 2009
Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal
Apa penyataan masalah dalam kajian?
TAJUK JURNAL
A case study of engaging primary school students in
learning science by using Active Worlds
The effects of early intervention
on the defiant behavior of students,
using a social skills curriculum.
Minute Math: An Action Research Study Of Student
Self-Assessment
MASALAH KAJIAN
• Penglibatan pelajar sekolah rendah menggunakan ‘Active World’ dalam pembelajaran sains
• Focus kepada pelajar yang menmpunyai markah rendah dalam sains
• Mengurangkan tingkah laku buruk pelajar dengan kemahiran sosial yg lebih fokus kpd aktiviti di luar bilik darjah
• Kesan intervensi awal tehadap masalah tingkah laku buruk pelajar
• Mengkaji penilain kendiri pelajar terhadap matapelajaran matematik (focus pada sifir)
• Adakah aktiviti menghafal sifir akan menghasilkan minat terhadap pembelajaran matematik
SAMPEL DAN SETTING
• 10 orang pelajar sekolah rendah (4 lelaki dan 6 perempuan)dari 5 kelas yang berasingan
• Umur pelajar majoritinya 11 tahun
• Kajian dilakukan di dalam makmal komputer
• Pelajar kelas gred 1 di sekolah Fishweir Elementary
• Dilakukan di dalam bilik darjah
• Melibatkan 2 buah kelas yang terdiri daripada 41 orang pelajar
• Dilakukan di dalam bilik darjah
PROSEDUR
• Memberikan tugasan kepada sampel untuk dilakukan secara individu
• Tugasan yang diberikan mempunyai 8 sesi dan setiap sesi adalah 2 jam
• Kajian ini dilakukan pada waktu cuti sekolah
• Sampel diminta untuk membuat 9 buah planet diangkasa(3D)dengan memberikan penerangan yang tepat menggunakan ‘active world’
• Pada peringkat awal pengkaji mengenalpasti tingkah laku pelajar dengan mengira berapa kali pelajar ingkar arahan guru dalam kelas
• Kemudian pelajar akan diberikan ujian pre dan post dan memulakan intervensi kemahiran sosial yg lebih fokus kpd aktiviti di luar bilik darjah(second step program)
• Akhir kajian,pengkaji akan bandingkan hasil kajian yang dilakukan dengan intervensi dan tanpa intervensi
• Menberikan soalan sifir (100 soalan) yang memerlukan pelajar menjawab selama 5 minit sahaja
• Ujian ini dijalankan 1 kali seminggu selama 10 minggu
• Setiap markah yang diperolehi dicatat dan meminta pelajar membuat target markah yang akan mereka perolehi minggu hadapan
• Meminta pelajar membuat refleksi pada kad refleksi yang mengandugi “GPAR” (goal,plan,action,reflection)
PENGUMPULAN DATA
• Melalui pemerhatian
• Temuramah dengan pelajar
• Penilaian tugasan pelajar
• Menggunakan ‘conduct card’ yang merekodkan kelakuan buruk setiap pelajar
• Ujian pre dan post
• Membuat tinjauan • Menggunakan markah sebenar dan markah ramalan pelajar
• Refleksi pelajar
• Temuramah
MENGANALISIS DATA
• Pemerhatian
Minat pelajar,kehadiran pelajar untuk setiap sesi,kebolehan penggunaan multimedia, perbincangan secara online dan pelajar aktif dalam makmal.
• Temuramah
Dinilai memalui respon poitif pelajar ,pelajar seronok membuat aktiviti,meningkatkan kemahiran mendapatkan maklumat dan memahami subjek lebih baik
• Penilaian tugasan pelajar
Pelajar dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan markah yang diperolehi bagi setiap sampel
• Berdasarkan kekerapan pelajar mengingkari arahan guru
• Markah ujian pre dan post
• Descriptiv statistik – untuk kuantitatif data yang diperolehi melalui markah dan refleksi pelajar
• Menggunakan qualitatif data – refleksi pelajar yang telah diringkaskan dalam bentuk jadual
PAPARAN DAPATAN KAJIAN
• Menggunakan graf dan carta
• Pengkaji menggunakan graf bar dan jadual
Bagaimana mereka melapor penyataan masalah
Posted by siti at 8:12 AM 0 comments
Tuesday, December 1, 2009
Aktiviti 10 : Tugasan 1 - ulasan buku
Tajuk buku : A teacher's Guide to Classroom Research (second edition)
Konsep Kajian Tindakan
Satu tindakan yang diambil oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya sendiri ataupun mutu pengajaran guru-guru lain, menguji andaian daripada teori-teori pendidikan atau salah satu cara untuk menilai dan melaksanakan keutamaan sekolah. Dengan melakukan kajian tindakan ke atas mutu pengajaran diri sendiri ataupun rakan sekerja, ini bermakna guru tersebut akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan bertenaga.
Pengertian kajian tindakan
Terdapat 4 pengertian atau definisi kajian tindakan :
1. Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.
2. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:
- proses dan mutu pengajaran
- pemahaman dan penguasaan pengajaran
- situasi dimana proses pengajaran berlaku
Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.
3. Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.
4. John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.
Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan
1. guru akan lebih bertanggungjawab dan mengawal kerjaya profesional.
2. guru yang melakukan kajian tindakan akan mengembangkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
3. guru lebih bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan teknik dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
4. menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.
5. keinginan guru yang tinggi untuk diiktiraf seperti golongan profesional yang lain telah menggalakkan mereka untuk cenderung mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sendiri.
Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)
Contoh :
Lingkaran pertama
Merancang
Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?
Bertindak
Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Memerhati
Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.
Merefleksi
Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.
Lingkaran kedua
Mengubah rancangan
Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan.
Bertindak
Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.
Memerhati
Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.
Merefleksi
Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?
sesuatu kajian tindakan tidak semestinya bermula dengan masalah. Apa yang diperlukan adalah idea untuk untuk meningkatkan mutu dan kualiti sesuatu perkara.
- apa yang berlaku sekarang?
- saya mahu meningkatkan......
- sesetengah orang tidak senang dengan......
- apa yang boleh saya buat untuk mengubah situasi tersebut?
- saya ada cadangan yang boleh saya aplikasikan di dalam kelas.
antara langkah-langkah yang boleh diambil :
- jangan membuat kajian ke atas perkara atau isu yang memang tidak dapat dilakukan. contohnya, adalah mustahil untuk mengubah silibus buku teks yang sedang digunakan dalam semester yang pendek.
- membuat kajian ke atas perkara yang terhad sahaja. ini penting untuk memastikan kejayaan yang memuaskan hasil daripada kajian yang lengkap dalam masa yang singkat. selain itu juga, dengan membuat kajian ke atas perkara yang sedikit, maka guru dapat menjangka dan merancang jangka masa yang diperlukan oleh projek itu.
- pilih topik atau perkara yang penting kepada pelajar dan guru atau perkara yang biasa melibatkan aktiviti sekolah. perkara yang dipilih untuk dikaji hendaklah berunsurkan motivasi dalaman.
- dalam menjalankan kajian ke atas kelas, cuba sebaik mungkin untuk bekerjasama secara kolaboratif. kerjasama secara kolaboratif dapat membentuk pasukan yang kuat dan guru dapat bertukar idea sesama sendiri.
- hubungkaitkan kajian yang dilakukan di dalam kelas dengan perkembangan sekolah atau matlamat sekolah. ini adalah penting agar kajian yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada guru, malah kepada pelajar dan sekolah amnya.
Sampel/Participant
- guru
- pelajar
Seting Kajian
- di dalam kelas
Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1. Nota lapangan
Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku. Nota lapangan
juga digunakan untuk menyediakan bahan-bahan kajian kes pelajar tertentu. Maklumat yang diperolehi haruslah berbentuk deskriptif berbanding spekulatif. Terdapat 4 kegunaan nota lapangan dalam kajian dalam bilik darjah:
- Guru dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran.
- Guru dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
- Guru dapat menyediakan maklumat tentang apa yang sedang berlaku terhadap seseorang pelajar yang boleh digunakan dalam kajian kes.
- Guru boleh merakam perkembangan guru-guru lain.
2. Rakaman Pita Audio
Rakaman pita audio adalah salah satu kaedah untuk mengumpul data yang amat popular di kalangan guru. Ia dapat menjadi alat yang berkesan untuk seseorang guru memulakan kajiannya. Dari segi praktikal, penggunaan perakam pita memerlukan pengetahuan teknikal untuk mengelakkan sebarang gangguan teknikal berlaku semasa proses merakam dijalankan. Oleh itu, guru harus memastikan bahawa dia mahir untuk mengendalikan perakam dan bateri dicas sepenuhnya sebelum alat itu dibawa masuk ke dalam bilik darjah. 3 kegunaan perakam pita adalah:
-Sebagai alat diagnostik untuk mengenalpasti mutu dan aspek pengajaran seseorang guru.
-Menyediakan bukti tentang aspek-aspek tertentu secara terperinci.
-Sebagai sumber tambahan kepada penilaian bilik darjah.
3. Temubual
Temubual dalam kajian bilik darjah boleh berlaku melalui 4 cara:
- Antara guru dengan pelajar.
- Pemerhati dengan pelajar.
- Pelajar dengan pelajar.
- Guru dengan pemerhati.
Temubual secara berkumpulan dengan 3 atau 4 orang pelajar didapati lebih berkesan. Temuduga antara pelajar dengan pelajar boleh menghasilkan sumber data yang kaya, terutama jika pelajar mengikut jadual temubual yang disediakan oleh guru. 2 kegunaan temubual dalam kajian bilik darjah ialah:
- Perbincangan antara guru dengan pelajar dapat menyediakan maklumat.
- Untuk membaiki suasana dalam bilik darjah.
4. Perakam Pita Video
Perakam pita video semakin banyak digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat tentang mutu pengajarannya. Ini dapat meningkatkan mutu pengajaran guru apabila banyak kelemahan dapat dikesan dan guru tersebut akan mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. 2 kegunaan perakam pita video ialah:
- Untuk mendapatkan rakaman proses pengajaran dan pembelajaran secara visual.
- Bertindak sebagai alat bantuan diagnosis.
5. Soal selidik
Soal selidik merupakan satu cara yang mudan dan cepat untuk mendapatkan maklumat tentang bilik darjah, kurikulum ataupun keberkesanan kaedah mengajar daripada pelajar. Objektif utama penggunaan kaedah soal selidik adalah untuk mendapatkan tindakbalas kuantitatif ke atas soalan-soalan tertentu.
Teknik Pengumpulan dan Penganalisisan Data
1. Rangka kerja analisis
2. Pengumpulan data
Dalam proses kajian dalam bilik darjah, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengumpul data dengan menggunakan perakam video atau apa sahaja alat yang digunakan untuk mengumpul data tentang mutu pengajaran. Pada akhir peringkat pengumpulan data, bukan sahaja data dapat dikumpul, malah pelbagai hipotesis telah dibina untuk menerangkan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.
3. Kesahan
Kesahan hipotesis amat penting untuk memastikan kajian yang dilakukan adalah sah. Terdapat pelbagai teknik untuk menguji kesahan sesuatu hipotesis: a. Triangulation b. Saturation c. Rival explanation d. Negative cases e. Call things by their right name f. Audit trail g. Key respondents
4. Penafsiran Proses mengambil hipotesis yang sah dan boleh diterima pakai dan disesuaikan dengan makna.
5. Tindakan Setelah menganalisis data, guru akan merancang tindakan yang seterusnya.
6. Proses analisis data
Etika Kajian Tindakan
1. Protokol dijaga Memastikan orang-orang yang terlibat, masyarakat dan hak-hak dijaga dan dilindungi. Kebenaran perlu diperolehi daripada orang yang akan dijadikan sampel dalam kajian tindakan tersebut.
2. Penglibatan orang yang dikaji Menggalakkan orang yang mempunyai kepentingan untuk meningkatkan pekembangan kajian.
3. Melapor perkembangan kajian.
4. Mendapatkan persetujuan untuk melaporkan hasil kerja
Posted by siti at 6:12 PM 0 comments
Saturday, November 21, 2009
Aktiviti 9 : Tugasan 4 - Mini KT
MATLAMAT KAJIAN
Melalui kaedah simulasi ini dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar bagi membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF KAJIAN
- Menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
- Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
PERSOALAN KAJIAN
- Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?
- Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?
Posted by siti at 7:05 AM 0 comments
Aktiviti 8: Tugasan 4 - Mini KT
CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN
Pendapat individu
- Memberikan pendedahan dan pengalaman berdasarkan situasi sebenar kepada pelajar dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian tajuk.
Pendapat kumpulan
- Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran dalam mempelbagaikan aktiviti.
Pendapat kumpulan lain
- Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu.
Mengikut literature review
- Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980).
Posted by siti at 7:02 AM 0 comments
Aktiviti 7 : Tugasan 4 - Mini KT
KELEMAHAN PENGAJARAN
Pengalaman secara individu
- Pelajar tidak terdedah kepada pengalaman sebenar tentang isi pengajaran.
- Oleh sebab itu,pelajar tidak dapat mengaplikasikan dalam situasi sebenar
Pengalaman dalam kumpulan
- Pelajar hanya dapat memberi fokus hanya 20 minit pertama sesi pembelajaran sekiranya tiada aktiviti yang dilakukan
- Pelajar tidak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pengalaman dari kumpulan lain
- Pelajar berasa bosan berada di kelas apabila pembelajaran hanya berpusatkan guru
Berdasarkan literature review (buku dan jurnal)
- Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)
Posted by siti at 7:00 AM 0 comments
Aktiviti 6 : Tugasan 4 - Mini KT
KEKUATAN PENGAJARAN
Pengalaman secara individu
- Pelajar akan memberikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya kepada sesuatu yang jelas dapat dilihat secara langsung.
- Membolehkan pelajar memahami dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
- Pelajar akan dapat bertindak secara spontan dengan pengalaman yang ada apabila berhadapan dengan situasi tertentu
Pengalaman dalam kumpulan
- Dapat meningkatkan daya kefahaman pelajar dan menjana pemikiran lebih kreatif.
- Pelajar lebih memahami apabila diberikan pengalaman sebenar secara langsung
Pengalaman dari kumpulan lain
- Pelajar dapat mengalami dengan sendiri situasi tersebut. Malahan sebarang kemusykilan atau ketidak fahaman, pelajar dapat bertanya terus pada guru.
- Pelajar dapat aplikasikan sendiri di rumah. Bukan sekadar belajar di sekolah dan di atas buku semata-mata.
Berdasarkan literature review (buku dan jurnal)
- Menurut Tg.Zawawi,1997a , kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi ianya memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat da menyeluruh.
Posted by siti at 6:58 AM 0 comments


