? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 8, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - mini KT

1. Teori-teori, Strategi atau Kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah.

KAEDAH SIMULASI

Definisi Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal


KAEDAH TUNJUK CARA/DEMONSTRASI

Definisi Demonstrasi

Tunjuk cara atau demontrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.


2. Kerangka Teoritikal, Konseptual dan Operasional Kajian

Kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah utama iaitu pemboleh ubah bersandar, pemboleh ubah tidak bersandar.

  • pembolehubah tidak bersandar yang dikenalpasti kaedah simulasi yang dijalankan.
  • pembolehubah bersandar adalah minat, keaktifan pelajar dan pencapaian pelajar.

Kajian ini melihat kaedah simulasi yang dijalankan mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran, pelajar akan bergerak aktif serta meningkatkan tahap pencapaian pelajar.


Definisi Konseptual adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas. Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum.


Definisi Operasional kajian pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan responden, pemboleh ubah yang hendak diuji atau dimanipulasi dalam kajian. Ia memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau dimanipulasikan.

  • simulasi - simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata (Siagian, 1987).Menurut Hasan (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya.Simulasi adalh suatu teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model dari golongan yang luas.Golongan atau kelas ini sangat luasnya sehingga dapat dikatakan 'jika semua cara yang lain gagal,cubalah simulasi' (Schroeder,1997).
  • pembelajaran - Menurut ahli psikologi, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yangkekal hasil pengalaman-pengalaman yang pernah dilalui. Definisi umum yang diterima pula ialah sebarang perubahan yang kekal secara relatifnya dalam gelagat (tingkah laku) yang berlaku disebabkan oleh pengalaman (Robbins, 2002). Burton (1963) menyatakan bahawa pembelajaran adalah sesuatu perubahan yang berlaku pada individu akibat daripada interaksi antara individu dan persekitaran. Individu yang ingin mendapat perubahan adalah disebabkan oleh keperluan dan kehendak supaya lebih berkeupayaan menangani masalah. Menurut Hilgard dan Atkinson (1967), pembelajaran didefinisikan sebagai sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkahlaku seseorang hasil daripada sesuatu perbuatan. Manakala Borger dan Seaborne (1966) pula menyatakan pembelajaran merupakan sesuatu perubahan yang berlaku pada tingkah laku seseorang hasil daripada sesuatu pengalaman. Kedua-dua definisi ini menekankan bahawa perubahan tingkah laku merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran.

Monday, December 7, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian mini KT

Sunday, December 6, 2009

Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Apa penyataan masalah dalam kajian?



TAJUK JURNAL

A case study of engaging primary school students in
learning science by using Active Worlds
The effects of early intervention
on the defiant behavior of students,
using a social skills curriculum.
Minute Math: An Action Research Study Of Student
Self-Assessment

MASALAH KAJIAN

• Penglibatan pelajar sekolah rendah menggunakan ‘Active World’ dalam pembelajaran sains
• Focus kepada pelajar yang menmpunyai markah rendah dalam sains
• Mengurangkan tingkah laku buruk pelajar dengan kemahiran sosial yg lebih fokus kpd aktiviti di luar bilik darjah
• Kesan intervensi awal tehadap masalah tingkah laku buruk pelajar
• Mengkaji penilain kendiri pelajar terhadap matapelajaran matematik (focus pada sifir)
• Adakah aktiviti menghafal sifir akan menghasilkan minat terhadap pembelajaran matematik

SAMPEL DAN SETTING

• 10 orang pelajar sekolah rendah (4 lelaki dan 6 perempuan)dari 5 kelas yang berasingan
• Umur pelajar majoritinya 11 tahun
• Kajian dilakukan di dalam makmal komputer
• Pelajar kelas gred 1 di sekolah Fishweir Elementary
• Dilakukan di dalam bilik darjah
• Melibatkan 2 buah kelas yang terdiri daripada 41 orang pelajar
• Dilakukan di dalam bilik darjah

PROSEDUR

• Memberikan tugasan kepada sampel untuk dilakukan secara individu
• Tugasan yang diberikan mempunyai 8 sesi dan setiap sesi adalah 2 jam
• Kajian ini dilakukan pada waktu cuti sekolah
• Sampel diminta untuk membuat 9 buah planet diangkasa(3D)dengan memberikan penerangan yang tepat menggunakan ‘active world’
• Pada peringkat awal pengkaji mengenalpasti tingkah laku pelajar dengan mengira berapa kali pelajar ingkar arahan guru dalam kelas
• Kemudian pelajar akan diberikan ujian pre dan post dan memulakan intervensi kemahiran sosial yg lebih fokus kpd aktiviti di luar bilik darjah(second step program)
• Akhir kajian,pengkaji akan bandingkan hasil kajian yang dilakukan dengan intervensi dan tanpa intervensi
• Menberikan soalan sifir (100 soalan) yang memerlukan pelajar menjawab selama 5 minit sahaja
• Ujian ini dijalankan 1 kali seminggu selama 10 minggu
• Setiap markah yang diperolehi dicatat dan meminta pelajar membuat target markah yang akan mereka perolehi minggu hadapan
• Meminta pelajar membuat refleksi pada kad refleksi yang mengandugi “GPAR” (goal,plan,action,reflection)

PENGUMPULAN DATA

• Melalui pemerhatian
• Temuramah dengan pelajar
• Penilaian tugasan pelajar
• Menggunakan ‘conduct card’ yang merekodkan kelakuan buruk setiap pelajar
• Ujian pre dan post
• Membuat tinjauan • Menggunakan markah sebenar dan markah ramalan pelajar
• Refleksi pelajar
• Temuramah
MENGANALISIS DATA

• Pemerhatian
Minat pelajar,kehadiran pelajar untuk setiap sesi,kebolehan penggunaan multimedia, perbincangan secara online dan pelajar aktif dalam makmal.
• Temuramah
Dinilai memalui respon poitif pelajar ,pelajar seronok membuat aktiviti,meningkatkan kemahiran mendapatkan maklumat dan memahami subjek lebih baik
• Penilaian tugasan pelajar
Pelajar dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan markah yang diperolehi bagi setiap sampel
• Berdasarkan kekerapan pelajar mengingkari arahan guru
• Markah ujian pre dan post
• Descriptiv statistik – untuk kuantitatif data yang diperolehi melalui markah dan refleksi pelajar
• Menggunakan qualitatif data – refleksi pelajar yang telah diringkaskan dalam bentuk jadual

PAPARAN DAPATAN KAJIAN

• Menggunakan graf dan carta
• Pengkaji menggunakan graf bar dan jadual





Bagaimana mereka melapor penyataan masalah

Tuesday, December 1, 2009

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - ulasan buku


Tajuk buku : A teacher's Guide to Classroom Research (second edition)
Penulis : David Hopkins


Konsep Kajian Tindakan

Satu tindakan yang diambil oleh guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya sendiri ataupun mutu pengajaran guru-guru lain, menguji andaian daripada teori-teori pendidikan atau salah satu cara untuk menilai dan melaksanakan keutamaan sekolah. Dengan melakukan kajian tindakan ke atas mutu pengajaran diri sendiri ataupun rakan sekerja, ini bermakna guru tersebut akan lebih bertanggungjawab terhadap proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan bertenaga.

Pengertian kajian tindakan

Terdapat 4 pengertian atau definisi kajian tindakan :

1. Robert Rapoport (1970) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah matlamat untuk memberi perhatian terhadap orang yang sedang mengalami masalah dan juga matlamat sains sosial dengan kolaborasi di antara rangka kerja atau prinsip-prinsip yang dipersetujui ramai.

2. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:
  • proses dan mutu pengajaran
  • pemahaman dan penguasaan pengajaran
  • situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.


3. Dave Ebbutt (1985) dalam kertas kerjanya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan memerhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka. Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.

4. John Elliott (1991) memberi definisi kajian tindakan sebagai satu kajian sosial untuk meningkatkan kualiti dan mutu tindakan yang akan diambil terhadap sesutu keadaan. Kesahan sesuatu teori atau hipotesis yang dibuat tidak bergantung kepada kajian secara saintifik, tetapi ianya lebih bergantung kepada keberkesanan kajian tersebut dalam membantu manusia untuk mempunyai pelbagai kemahiran dan dapat bertindak secara bijak.


Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan

1. guru akan lebih bertanggungjawab dan mengawal kerjaya profesional.
2. guru yang melakukan kajian tindakan akan mengembangkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
3. guru lebih bebas dan mempunyai kuasa untuk menentukan teknik dan mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
4. menggalakkan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah-kaedah ataupun strategi pengajaran yang baru.
5. keinginan guru yang tinggi untuk diiktiraf seperti golongan profesional yang lain telah menggalakkan mereka untuk cenderung mencari jalan penyelesaian terhadap masalah sendiri.


Model Kajian Tindakan

Model lingkaran (spiral) Kemmis dan McTaggart (1988)


Contoh :

Lingkaran pertama

Merancang

Pelajar menganggap bahawa sains adalah proses mengingat fakta berbanding perasaan ingin tahu. Bagaimana guru dapat merangsang perasaan ingin tahu dalam diri pelajar?

Bertindak

Memberikan soalan yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Memerhati

Rekod soalan dan jawapan untuk pemerhatian yang lebih terperinci. Catat jangkaan.

Merefleksi

Persoalan guru diganggu oleh keperluan guru tersebut untuk mengawal jangkaan pelajar.

Lingkaran kedua

Mengubah rancangan

Mengubah strategi menyoal untuk menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan sendiri. Matlamat yang sama masih diteruskan, tetapi mengurangkan bilangan kawalan penyataan.

Bertindak

Mengurangkan penyataan kawalan dalam pelajaran.

Memerhati

Rekod soalan dan jawapan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

Merefleksi

Perasaan ingin tahu pelajar berkembang, tetapi tingkah laku mereka semakin tidak dapat dikawal. Apa yang perlu guru lakukan?




Model Kajian Tindakan Elliott (1991)






Model Ebbutt (1985)






Model Kajian Tindakan McKernan (1991)
Prosedur Kajian Tindakan

sesuatu kajian tindakan tidak semestinya bermula dengan masalah. Apa yang diperlukan adalah idea untuk untuk meningkatkan mutu dan kualiti sesuatu perkara.
antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
  • apa yang berlaku sekarang?
  • saya mahu meningkatkan......
  • sesetengah orang tidak senang dengan......
  • apa yang boleh saya buat untuk mengubah situasi tersebut?
  • saya ada cadangan yang boleh saya aplikasikan di dalam kelas.

antara langkah-langkah yang boleh diambil :

  • jangan membuat kajian ke atas perkara atau isu yang memang tidak dapat dilakukan. contohnya, adalah mustahil untuk mengubah silibus buku teks yang sedang digunakan dalam semester yang pendek.
  • membuat kajian ke atas perkara yang terhad sahaja. ini penting untuk memastikan kejayaan yang memuaskan hasil daripada kajian yang lengkap dalam masa yang singkat. selain itu juga, dengan membuat kajian ke atas perkara yang sedikit, maka guru dapat menjangka dan merancang jangka masa yang diperlukan oleh projek itu.
  • pilih topik atau perkara yang penting kepada pelajar dan guru atau perkara yang biasa melibatkan aktiviti sekolah. perkara yang dipilih untuk dikaji hendaklah berunsurkan motivasi dalaman.
  • dalam menjalankan kajian ke atas kelas, cuba sebaik mungkin untuk bekerjasama secara kolaboratif. kerjasama secara kolaboratif dapat membentuk pasukan yang kuat dan guru dapat bertukar idea sesama sendiri.
  • hubungkaitkan kajian yang dilakukan di dalam kelas dengan perkembangan sekolah atau matlamat sekolah. ini adalah penting agar kajian yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada guru, malah kepada pelajar dan sekolah amnya.


Sampel/Participant

  • guru
  • pelajar

Seting Kajian

  • di dalam kelas

Pengumpulan dan Penganalisisan Data

1. Nota lapangan

Membuat nota lapangan adalah salah satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam bilik darjah. Seelok-eloknya, nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu, maksudnya pemerhatian adalah fokus kepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran, tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku. Nota lapangan
juga digunakan untuk menyediakan bahan-bahan kajian kes pelajar tertentu. Maklumat yang diperolehi haruslah berbentuk deskriptif berbanding spekulatif. Terdapat 4 kegunaan nota lapangan dalam kajian dalam bilik darjah:

  • Guru dapat fokus pada isu-isu tertentu sepanjang masa pengajaran.
  • Guru dapat mereflek reaksi pelajar dan suasana dalam bilik darjah.
  • Guru dapat menyediakan maklumat tentang apa yang sedang berlaku terhadap seseorang pelajar yang boleh digunakan dalam kajian kes.
  • Guru boleh merakam perkembangan guru-guru lain.

2. Rakaman Pita Audio

Rakaman pita audio adalah salah satu kaedah untuk mengumpul data yang amat popular di kalangan guru. Ia dapat menjadi alat yang berkesan untuk seseorang guru memulakan kajiannya. Dari segi praktikal, penggunaan perakam pita memerlukan pengetahuan teknikal untuk mengelakkan sebarang gangguan teknikal berlaku semasa proses merakam dijalankan. Oleh itu, guru harus memastikan bahawa dia mahir untuk mengendalikan perakam dan bateri dicas sepenuhnya sebelum alat itu dibawa masuk ke dalam bilik darjah. 3 kegunaan perakam pita adalah:
-Sebagai alat diagnostik untuk mengenalpasti mutu dan aspek pengajaran seseorang guru.
-Menyediakan bukti tentang aspek-aspek tertentu secara terperinci.
-Sebagai sumber tambahan kepada penilaian bilik darjah.

3. Temubual

Temubual dalam kajian bilik darjah boleh berlaku melalui 4 cara:

  • Antara guru dengan pelajar.
  • Pemerhati dengan pelajar.
  • Pelajar dengan pelajar.
  • Guru dengan pemerhati.

Temubual secara berkumpulan dengan 3 atau 4 orang pelajar didapati lebih berkesan. Temuduga antara pelajar dengan pelajar boleh menghasilkan sumber data yang kaya, terutama jika pelajar mengikut jadual temubual yang disediakan oleh guru. 2 kegunaan temubual dalam kajian bilik darjah ialah:

  • Perbincangan antara guru dengan pelajar dapat menyediakan maklumat.
  • Untuk membaiki suasana dalam bilik darjah.


4. Perakam Pita Video

Perakam pita video semakin banyak digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat tentang mutu pengajarannya. Ini dapat meningkatkan mutu pengajaran guru apabila banyak kelemahan dapat dikesan dan guru tersebut akan mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan tersebut. 2 kegunaan perakam pita video ialah:

  • Untuk mendapatkan rakaman proses pengajaran dan pembelajaran secara visual.
  • Bertindak sebagai alat bantuan diagnosis.

5. Soal selidik


Soal selidik merupakan satu cara yang mudan dan cepat untuk mendapatkan maklumat tentang bilik darjah, kurikulum ataupun keberkesanan kaedah mengajar daripada pelajar. Objektif utama penggunaan kaedah soal selidik adalah untuk mendapatkan tindakbalas kuantitatif ke atas soalan-soalan tertentu.

Teknik Pengumpulan dan Penganalisisan Data

1. Rangka kerja analisis

2. Pengumpulan data

Dalam proses kajian dalam bilik darjah, langkah pertama yang harus dilakukan adalah mengumpul data dengan menggunakan perakam video atau apa sahaja alat yang digunakan untuk mengumpul data tentang mutu pengajaran. Pada akhir peringkat pengumpulan data, bukan sahaja data dapat dikumpul, malah pelbagai hipotesis telah dibina untuk menerangkan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah.

3. Kesahan

Kesahan hipotesis amat penting untuk memastikan kajian yang dilakukan adalah sah. Terdapat pelbagai teknik untuk menguji kesahan sesuatu hipotesis: a. Triangulation b. Saturation c. Rival explanation d. Negative cases e. Call things by their right name f. Audit trail g. Key respondents

4. Penafsiran Proses mengambil hipotesis yang sah dan boleh diterima pakai dan disesuaikan dengan makna.

5. Tindakan Setelah menganalisis data, guru akan merancang tindakan yang seterusnya.

6. Proses analisis data


Etika Kajian Tindakan

1. Protokol dijaga Memastikan orang-orang yang terlibat, masyarakat dan hak-hak dijaga dan dilindungi. Kebenaran perlu diperolehi daripada orang yang akan dijadikan sampel dalam kajian tindakan tersebut.

2. Penglibatan orang yang dikaji Menggalakkan orang yang mempunyai kepentingan untuk meningkatkan pekembangan kajian.

3. Melapor perkembangan kajian.

4. Mendapatkan persetujuan untuk melaporkan hasil kerja









Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 - Mini KT

MATLAMAT KAJIAN

Melalui kaedah simulasi ini dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar bagi membolehkan mereka mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KAJIAN

  • Menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.
  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup.


PERSOALAN KAJIAN

  • Adakah penggunaan kaedah simulasi boleh menarik minat pelajar dalam matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?
  • Adakah penggunaan kaedah simulasi sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran matematik dan kemahiran hidup?

Aktiviti 8: Tugasan 4 - Mini KT

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN

Pendapat individu

  • Memberikan pendedahan dan pengalaman berdasarkan situasi sebenar kepada pelajar dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian tajuk.

Pendapat kumpulan

  • Guru perlulah lebih kreatif dan sensitif dalam pengajaran dalam mempelbagaikan aktiviti.

Pendapat kumpulan lain

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas dengan mengadakan aktiviti-aktiviti tertentu.

Mengikut literature review

  • Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980).

Aktiviti 7 : Tugasan 4 - Mini KT

KELEMAHAN PENGAJARAN


Pengalaman secara individu

  • Pelajar tidak terdedah kepada pengalaman sebenar tentang isi pengajaran.
  • Oleh sebab itu,pelajar tidak dapat mengaplikasikan dalam situasi sebenar

Pengalaman dalam kumpulan

  • Pelajar hanya dapat memberi fokus hanya 20 minit pertama sesi pembelajaran sekiranya tiada aktiviti yang dilakukan
  • Pelajar tidak aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Pengalaman dari kumpulan lain

  • Pelajar berasa bosan berada di kelas apabila pembelajaran hanya berpusatkan guru

Berdasarkan literature review (buku dan jurnal)

  • Setiap pendidik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competency) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM , 1980)