? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 3 : Tugasan 3- Kolokium

MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN SUASANA PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA SECARA BERKUMPULAN
Pernyataan masalah

  1. Adakah teknik penggunaan peta minda ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam tajuk nutrisi ini?
  2. Adakah kaedah ini dapat mewujudkan suasana belajar yang efektif dan menyeronokkan serta meningkatkan keyakinan diri pelajar?
  3. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan pemahaman dalam memahami konsep serta istilah Biologi bagi tajuk nutrisi?

Metodologi,setting kajian,sampel kajian

  1. Metodologi – Melalui pemerhatian pengkaji (Penilaian kendiri-RPH),borang kaji selidik,temubual berstruktur dan tidak berstruktur.Instrumen yang digunakan adalah rancangan harian guru berdasarkan silibus subjek Biologi dalam topik nutrisi,tontonan video-CD ROM,kertas mahjong,crayon warna dan pemain MP3 (Perakam suara).Guru memberikan penerangan tentang subtopik yang akan di ajar dengan menggunakan CD-ROM sebagai alat bantu mengajar dan kemudian meminta pelajar agar membentuk kumpulan.Seterusnya guru memberi pilihan tajuk-tajuk untuk dibincangkan dan dibentangkan dengan penggunaan peta minda.
  2. Setting kajian – dalam bilik darjah.
  3. Sampel kajian -Kajian ini melibatkan pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Kindi seramai 60 orang pelajar

Pengumpulan dan penganalisian data

  1. Pengumpulan data - diperolehi daripada hasil pemerhatian,melalui borang kaji selidik dan juga temubual yang dilakukan bersama pelajar.
  2. Penganalisian data - Dalam borang soal selidik,terkandung tema kefahaman,tema suasana keseronokan dan tema komunikasi berkesan.Oleh itu,dengan pembahagian tema ini,dapat mengetahui dan memperolehi data mengenai kebolehpercayaan kajian yang dilakukan.

Implikasi kajian

  1. Memberi gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran
  2. Perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran
  3. Peta minda penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar
  4. Lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih mudah mengingati fakta
  5. Kaedah peta minda lebih bersifat interaktif dan pelajar dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.
  6. Kaedah peta minda membantu dalam komununikasi antara pelajar

Apakah yang dipelajari dari kajian ini

  1. Dapat mengetahui cara pengumpulan data yang dilakukan
  2. Mengetahui model Kemmis dimana ianya merangkumi keseluruhan cara dan proses yang perlu ada dan perlu dilakukan untuk membuat kajian tindakan
  3. Dengan kajian ini,dapatlah gambaran situasi berada di sekolah dan berhadapan dengan pelajar apabila melakukan latihan praktikal kelak

ULASAN

Pada pendapat saya, kajian yang telah mereka lakukan ini merupakan kajian tindakan dimana mereka telah mengkaji penggunaan peta minda dalam matapelajaran Biologi.Hasil kajian yang diperolehi adalah positif dan ini bermakna mereka berjaya membuktikan bahawa pemahaman pelajar semakin meningkat dengan penggunaan peta minda.Walaubagaimanapun,tajuk kajian mereka boleh dimurnikan lagi contohnya seperti 'Penggunaan peta minda secara berkumpulan dalam matapelajaran Biologi'.

PENGGUNAAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF (JINGSAW) DALAM KESUSASTERAAN BAHASA INGGERIS,SOURCES OF ENERGY(SUMBER-SUMBER TENAGA) DAN TOKOH ISLAM : IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

Pernyataan masalah

  1. Adakah teknik ini dapat meningkatkan minat,motivasi dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  2. Adakah teknik ini dapat meningkatkan kefahaman para pelajar
  3. Adakah teknik ini sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Metodologi,seetting kajian dan sampel kajian

  1. Metodologi- Jenis kajian adalah kajian tindakan kolaboratif (jingsaw) yang menggunakan kaedah pemerhatian guru dan kajian soal selidik.Model yang digunakan adalah model Kemmis (Rancanagn,tindakan,pemerhatian dan refleksi)
  2. Setting kajian – Guru membuat pembahagian kumpulan mengikut kesesuaian.Pelajar kemudiannya diminta untuk menyempurnakan tugasan dalam kumpulan dan selepas itu pelajar akan melakukan sesi pembentangan dan perbincangan hasil dapatan yang telah pelajar perolehi.
  3. Sampel kajian – Melibatkan 109 orang pelajar tingkatan 1,2 dan 4 di SMK Jalan Reko.

Pengumpulan dan penganalisian data

  1. Pengumpulan data – Diperolehi daripada markah bagi tugasan peta minda ,kuiz dan juga soal selidik
  2. Penganalisian data – Soal selidik (80% pelajar bersetuju bahawa pembelajaran berbantukan pelajar boleh meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu topik),pemerhatian guru (Pelajar lebih cenderung untuk menyelesaikan tugasan melalui perbincangan dengan rakan2 drpd merujuk kepada guru,keputusan penilaian(menyiapkan kerja dalam masa yang singkat)

Implikasi kajian

  1. Meningkatkan keberkesanan penyampain objektif pengajaran
  2. Meningkatkan motivasi pelajar
  3. Meningkatkan penglibatan pelajar sewakti sesi p&p

Apakah yang dipelajari dari kajian ini

  1. Dapat mengetahui proses-proses yang perlu dilakukan bagi menghasilkan kajian tindakan
  2. Dapat mengaplikasikan kaedah yang dikaji kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar.

ULASAN

Pada pendapat saya,tajuk yang mereka lakukan ini sesuai dengan maksud kajian tindakan kerana, maksud kajian tindakan itu sendiri merupakan satu kajian yang dijalankan untuk penambahbaikan kepada amalan yang sedia ada. Hasil kajian yang mereka perolehi adalah positif dimana kaedah ini dapat meningkatkan motivasi serta keterlibatan pelajar dalam proses P&P

0 comments: